Saturday, December 3, 2011

Trip Ke Kota Bahru - 29hb November 2011 - Part 2

Lebih kurang satu jam kami pun `landing' di Pengkalan Chepa. Alhamdulillah perjalan berjalan lancar dan kami dijemput oleh Saudara Malik Zainal Abidin, Pengurus Bank Rakyat Kota Bahru. Kami terus dibawa ke sebuah kedai yang berhampiran airport untuk sarapan. Pagi-pagi makan nasi berlauk, makanan biasa bagi orang-orang disini.







Selepas sarapan kami terus ke lokasi mesyuarat & lebih kurang pukul 12.00 tengahari urusan kami selesai. Sebelum makan tengahari, kami dibawa ke kedai factory outlet. Aku teringatkan sahabat akau Aruah Aziz setiap kali dia balik ke Kelantan, dia selalu tanya aku nak kirim beli baju...Alfatihah untuknya.

Dikesempatan ini, aku beli 3 helai kemeja kerja. Dulu semasa Arwah Aziz beli, 3 helai RM 100 & kali ini sehelai RM 50, mungkin harga dah naik atau aku tak pandai tawar.










4:15 PM kami bertolak balik ke Subang dan flight on time & sampai di Subang Airport jam 5:30 PM. Another busy day urusan kerja.







Trip Ke Kota Bahru - 29hb November 2011 - Part 1

Disebabkan urusan kerja, aku & sahabat aku ke Kota Bahru pada hari Selasa (29hb November 2011), balik hari. Bertolak pagi balik petang. Kali ini aku memilih untuk naik Firefly sebab dekat dengan rumah - Subang Airport.

Selepas  solat subuh berjemaah  di surau aku terus ke Subang Airport, flight jam 7.15 AM. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.







Sun set on air

Alhamdulillah aku dapat merakamkan beberapa shots tentang keindahan alam ciptaan Allah. Subhanallah hebat ciptaan Allah.








Bersambung di part 2....

Thursday, December 1, 2011

Restoran Kudu Bin Abdul, Jalan Tuanku Abdul Rahman

Hari ini 1hb Disember 2012, secara tidak dirancang kami berempat, Amin Uyun, Azam Sulaiman, Jalut dan aku makan tengahari di restoran Kudu. Kami semua adalah alumni Sek Izzuddin Shah Ipoh. Macam mini reunion...pekena nasi kandar.

Restoran ini adalah salah satu favourite aku dan macam biasa manu yang aku pilih ayam masak kicap, sedikit sayur, cili hijau dan extra kuah & air sirap bandung. Aku bagi 5 bintang.....lazat







Wednesday, November 30, 2011

Langkawi 20-22 November 2011 - Part 1

Hampir 4 atau 5 tahun yang lalu kali terakhir aku menggunjungi Pulau lagenda ini. Kali ini aku berpeluang menghadiri kursus atau Seminar berkaitan Ar-Rahnu disana. Teruja juga maklumlah dah lama tidak ke sana.

Aku bertolak dari KLIA jam 230 pm & sampai di Langkawi International Airport lebih kurang 330 pm. Sampai Airport kami terus naik teksi ke Awana Porto Malai untuk check in.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar & selepas itu aku dan dua rakan ke Pekan Kuah untuk jalan-jalan & shooping.









Bersambung ke Part 2.....

Sunday, November 27, 2011

Restoran Secret Recipe










Lunch pada 24hb November 2011 di Secret Recipe Menara DBKL bersama Midi. Sungguh lazat dan terima kasih kepada Saudara Midi yang belanja.

Bermula dengan green tea berkerim, main course kambing cicah dengan roti benggali dan pencuci mulut cheese cake. Alhamdulillah  enak sekali.

Nasi Kandar Simpang Empat, Seberai Perai

Aku jumpa kedai ini secara kebetulan sahaja. Semasa aku outstation ke utara, selepas solaat jumaat, aku nampak `long que', secara logiknya, jika ramai orang sanggup beratur, tentulah makanannya sedap.

Akupun join the que, alhamdulillah memang tidak menggecewakan. Walaupun yang menjuahnya bukan pure mamak penang, nampak macam anak mami aje....the taste is really kandar.











Kalau nak kesini, exits tol Bukit Tambun/Batu Kawan dan terus ke Pekan Simpang Empat. Sebelum sampai ke Pekan boleh nampak disebelah kanan jalan ada canopy seperti gambar diatas.

Penggemar nasi kandar jangan lepaskan peluang jika ke utara. Aku dah makan dua kali, so far so good.....Alhamdulillah.