Lepas subuh dah bertolak ke KLIA & flight ke Labuan jam 9.00 am. Apa nak buat demi tugas kena pergi jugak....sebenarnya happy.
Sampai di Labuan lebih kurang jam 10.45 am & aku dijemput oleh Haji Shuib. Selepas check in, kami ke masjid Jamik Labuan untuk solat Zohor.
Selepas solat kami makan tengahari & selepas itu aku menjalankan tugas ku & lebih kurang jam 5.00 pm, kerja selesai. Aku ambil peluang untuk pusing-pusing Labuan.
Sempat juga aku menghubungi abang Mat, kami sama-sama bertugas di Jakarta awal tahun ini.
Abang Mat bawa aku pusing-pusing & ke home stay dia di Kampung Bukit Kuda. Lepas tu dah tak tahu nak pergi mana, aku membuat keputusan untuk balik awal iaitu flight jam 7.00 am esoknya. Aku sepatutnya balik jam 4.00 pm, tapi dah tak tahu nak buat apa lebih baik balik. Alhamdulillah masih ada kosong.
Malam tu aku diraikan dengan seafood & lepas makan pusing-pusing pekan Labuan dan balik ke bilik untuk tidur.
Pagi-pagi dah balik....very-very short trip.