Thursday, January 5, 2012

Trip Ke Langkawi Bersama Keluarga - Part 1

Alhamdulillah pada 19-23 Disember 2011, aku berpeluang ke Langkawi bersama keluarga. Tiada perancangan yang dibuat. Disebabkan aku perlu menghadiri Seminar disana, alang-alang cuti sekolah anak-anak & isteri turut serta.

Perancangan asal kami akan bermalam di Kuala Perlis dan pagi esoknya baru ke Langkawi tetapi tiada apa-apa yang menarik di Kuala Perlis dan tiket Feri pun ada jadi jam 4.30 PM kami bertolak ke Langkawi setelah menaiki kereta hampir-hampir tujuh jam.

Singgah Solat di Masjid Ihya Ulumuddin di Changlun, Kedah.


Gerbang Sempadan ke negeri Indera Kayangan