Saturday, December 3, 2011

Trip Ke Kota Bahru - 29hb November 2011 - Part 2

Lebih kurang satu jam kami pun `landing' di Pengkalan Chepa. Alhamdulillah perjalan berjalan lancar dan kami dijemput oleh Saudara Malik Zainal Abidin, Pengurus Bank Rakyat Kota Bahru. Kami terus dibawa ke sebuah kedai yang berhampiran airport untuk sarapan. Pagi-pagi makan nasi berlauk, makanan biasa bagi orang-orang disini.







Selepas sarapan kami terus ke lokasi mesyuarat & lebih kurang pukul 12.00 tengahari urusan kami selesai. Sebelum makan tengahari, kami dibawa ke kedai factory outlet. Aku teringatkan sahabat akau Aruah Aziz setiap kali dia balik ke Kelantan, dia selalu tanya aku nak kirim beli baju...Alfatihah untuknya.

Dikesempatan ini, aku beli 3 helai kemeja kerja. Dulu semasa Arwah Aziz beli, 3 helai RM 100 & kali ini sehelai RM 50, mungkin harga dah naik atau aku tak pandai tawar.










4:15 PM kami bertolak balik ke Subang dan flight on time & sampai di Subang Airport jam 5:30 PM. Another busy day urusan kerja.







No comments:

Post a Comment