Sunday, November 27, 2011

Masjid Pakistan, Jalan Haji Salleh, Sentul

Ini adalah salah sebuah masjid yang tertua di Kuala Lumpur. Masjidnya kecil sahaja tetapi bagi aku suasananya berbeza dengan masjid-masjid lain yang ada disekitar Kuala Lumpur.

Kebiasaannya aku akan solat jumaat disini. Khutbahnya sangat pendek lebih kurang lima minit sahaja dan ia disampaikan didalam bahasa Arab.Sebelum khutbah jumaat, imam akan memberi tazkirah tentang tajuk kutbah jumaat.

Majori jemaahnya adalah orang Pakistan,lndia dan bangsa-bangsa disebelah `sana'. Antara daya tarikan masjid ini ialah kedai makan yang terletak disebelah masjid. Nasi briani/putih bersama Kambing, kari ayam atau ayam goreng bersama timun. Itu saja menunya. Bagi aku ia amat menyelerakan terutama Briani kambing  & sirap yang diberi secara percuma dengan harga RM 7.00.

Jika ada peluang, sila kinjungi masjid ini.








No comments:

Post a Comment