Friday, October 19, 2012

`Short Trip' ke Pulau Pinang

Pada 3hb Oktober 2012 yang lepas aku ada kerja di Jitra Kedah. Kami bertolak agak lewat iaitu selepas maghrib & sampai di Jitra lebih kurang jam 12:30 pagi. Memandangkan hari dah terlalu lewat, kami terus check in.

Keesokan paginya aku terus ketempat kerja dan selesai kerja lebih kurang jam 12:00 PM. Selepas zohor kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. On the way back, kami singgah untuk ke Pulau Pinang just untuk makan & jalan-jalan. Kami menaiki feri dan ini adalah pengalaman pertama kami naik feri.





Memang menyeronokan dengan cuaca yang dingin, kebetulan hujan baru nak turun. Dah berumur 46 tahun, ini pengalaman pertama naik feri ke Pulau Pinang.









Sampai di Penang, pusing-pusing guna google maps cari Penang street untuk singgah makan dan cari jeruk pala. Jenuh juga tawaf beberapa kali baru jumpa.






Selesai makan dan beli apa yang patut, kamipun berangkat pulang juga dengan feri. Aku syorkan naik feri lebih santai dari gunakan jambatan.



No comments:

Post a Comment