Monday, November 7, 2011

Resepi # 2 Rendang Ayam Bestari

Sempena Aidil Adha tahun ini, aku berpeluang mencuba memasak rendang ayam pencen yang diberi nama `Rendang Ayam Bestari'

Sudah tentu chef utama ialah isteriku yang memantau dan memastikan rendang yang dimasak menjadi. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:-

Ayam 1 ekor

Santan 1 kilo

Langkuas, halia & kunyit hidup

Bawang kecil 20 biji

Daun limau purut

Bahan-bahan lain ialah, cili atau cili api yang dah dikisar, sedikit bawang putih, kerisik, garam, gula &; air.









Inilah hasilnya rendang ayam bestari dan sangat sedap dihidangkan bersama lemang atau nasi impit. Selamat mencuba.

   


No comments:

Post a Comment