Alhamdulillah trip ke KT kali ni dapat ziarah 3 maqam.
1 Sultan Yahya Siah
2 Tok Ku Paloh
3 Tok Pulau Manis
Sunday, November 9, 2014
4/11/2014 - Ziarah Maqam
Thursday, October 23, 2014
Saturday, August 17, 2013
17 Ogos 2013
Hari ini hari ulang tahun ku yg ke 47. Dah tua dah ku. Hari ini juga merupakan hari kemerdekaan Indonesia.
Hari kami sekeluarga agak sebuk penuh dgn aktiviti. Yang pertama menerima kunjungan drp 2 ustaz dari Tazkiah iaitu Ust Ali & isteri dan Ust Hassan.
Selepas itu kami ke majlis walimah anak Hj Mukhtar di Sg Plong. Majlis dimulai dgn Maulid, tausiah dan diakhiri dengan makan.
Tetamu undangan yg menyampaikan tausiah ialah Tuan Guru Baba Zik.
Selepas itu aku menghantar kedua-dua ustsz pulang ke Usj 1. Aktiviti seterusnya ialah utk ke Subang Airport utk menghantar Asyraf balik ke Terengganu.
Seterusnya kami ke Kota Damansara utk ke open house tumah sahabat ku, Sabri.
Pulang kerumah & sangat penat & rehat sebentar. Selepas Isya kami menghantar isteri Ust Ali ke Tazkiah. Sampai disana jumpa Habib Mahadi Al Hamid & beliau menjemput kami ke rumah beliau. Ini peluang keemasan utk menziarahi Habib.
Aku dihadiahkan sebuah kitab Imam Hadad, Adab Sulikul Murid versi English, dapat hadiah sempena hari lahir ke 47.
Pulang kerumah mendapat panggilan drp kawan sekolah saudara Amin Uyun menggajak minum teh tarik. Di restoren Taj, jemaah Amir Dunia juga turut serta & hari ku berakhir jam 130 am.
Hari yg penuh dgn aktiviti & hari yg istimewa buat ku.
Tuesday, July 9, 2013
Malam Pertama Ramadhan 2013
Saturday, July 6, 2013
Kuala Terengganu, 4-6 Julai 2013
Another 2 in 1 trip. Working & pleassure. Sambil kerja, bawak famili dan ziarah anak di Kuala Berang.
Ini merupakan last trip sebelum Ramadhan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
Thursday, July 4, 2013
Kuantan - 28 Jun 2013
Ini adalah day trip, pergi pagi & balik pada hari yang sama. Aku ada presentation jam 530 pm. Kali ni aku ditemani oleh Bob.
Kami bertolak jam 10 30 am & singgah solat jumaat di Temerluh. Dari Temerluh kami menggunakan jalan lama untuk ke Kuantan.
Trip yang biasa sahaja. Sempat singgah di beberapa warong untuk makan. Jam 5 kami sampai di Kuantan & selesai tugas kami pulang dan sampai KL jam 1030 pm.
Wednesday, July 3, 2013
Jakarta 1-2 Julai 2013
Ini adalah oversea trip yang Ketiga untuk tahun ini selepas Guangzhou & Astana. Ini juga adalah trip yang terpendek & trip yang terpenting kerana meeting bersama assistant minister menteri koperasi, Indonesia.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Aku percaya aku akan lebih kerap ke Indonesia jika projek ini berjaya.

