Saturday, August 17, 2013

17 Ogos 2013

Hari ini hari ulang tahun ku yg ke 47. Dah tua dah ku. Hari ini juga merupakan hari kemerdekaan Indonesia.

Hari kami sekeluarga agak sebuk penuh dgn aktiviti. Yang pertama menerima kunjungan drp 2 ustaz dari Tazkiah iaitu Ust Ali & isteri dan Ust Hassan.

Selepas itu kami ke majlis walimah anak Hj Mukhtar di Sg Plong. Majlis dimulai dgn Maulid, tausiah dan diakhiri dengan makan.

Tetamu undangan yg menyampaikan tausiah ialah Tuan Guru Baba Zik.

Selepas itu aku menghantar kedua-dua ustsz pulang ke Usj 1. Aktiviti seterusnya ialah utk ke Subang Airport utk menghantar Asyraf balik ke Terengganu.

Seterusnya kami ke Kota Damansara utk ke open house tumah sahabat ku, Sabri.

Pulang kerumah & sangat penat & rehat sebentar. Selepas Isya kami menghantar isteri Ust Ali ke Tazkiah.  Sampai disana jumpa Habib Mahadi Al Hamid & beliau menjemput kami ke rumah beliau. Ini peluang keemasan utk menziarahi Habib.

Aku dihadiahkan sebuah kitab Imam Hadad, Adab Sulikul Murid versi English, dapat hadiah sempena hari lahir ke 47.

Pulang kerumah mendapat panggilan drp kawan sekolah saudara Amin Uyun menggajak minum teh tarik.  Di restoren Taj, jemaah Amir Dunia juga turut serta & hari ku berakhir jam 130 am.

Hari yg penuh dgn aktiviti & hari yg istimewa buat ku.

Tuesday, July 9, 2013

Malam Pertama Ramadhan 2013

Alhamdulillah, dipanjangkan umur dapat bertemu Ramadhan sekali lagi.

Syukur Alhamdulillah. Aku solat disurau dekat rumah & kami buat 20 rakaat. Seperti biasa lepas 8 rakaat ada taskirah. Taskirah disampaikan oleh Ustaz Fauza.

Saturday, July 6, 2013

Kuala Terengganu, 4-6 Julai 2013

Another 2 in 1 trip. Working & pleassure. Sambil kerja, bawak famili dan ziarah anak di Kuala Berang.

Ini merupakan last trip sebelum Ramadhan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.


Thursday, July 4, 2013

Kuantan - 28 Jun 2013

Ini adalah day trip, pergi pagi & balik pada hari yang sama. Aku ada presentation jam 530 pm. Kali ni aku ditemani oleh Bob.

Kami bertolak jam 10 30 am &  singgah solat jumaat di Temerluh. Dari Temerluh kami menggunakan jalan lama untuk ke Kuantan.

Trip yang biasa sahaja. Sempat singgah di beberapa warong untuk makan. Jam 5 kami sampai di Kuantan &  selesai tugas kami pulang dan sampai KL jam 1030 pm.


Sempat solat jumaat di sebuah kampung diantara Temerluh & Maran.

Wednesday, July 3, 2013

Jakarta 1-2 Julai 2013

Ini adalah oversea trip yang Ketiga untuk tahun ini selepas Guangzhou & Astana. Ini juga adalah trip yang terpendek &  trip yang terpenting kerana meeting bersama assistant minister menteri koperasi, Indonesia.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Aku percaya aku akan lebih kerap ke Indonesia jika projek ini berjaya.

Saturday, June 29, 2013

Kunjungan habib

Kuliah mingguan (@ Majlis Ta'alim Rahmatan Lil Alamin) .

Wednesday, June 26, 2013

Sunday, June 23, 2013

Antara Masjid Kesukaanku


Ini adalah beberapa masjid yang menjadi kesukaan ku. Sudah tentu ia adalah masjid-masjid lama yang terdapat diseluruh negara. Antaranya ialah.................

Kazakhstan 2-8 June 2013

Syukur Alhamdulillah diberi rezeki kali ini jauh kenegara bekas komunis di Asia tengah.Tidak pernah terfikir atau bermimpi untuk kesana. Perjalanan dari KLIA ke Almaty mengambil masa 8 jam cukup menggambarkan betapa jauhnya negara ini dari Malaysia.

Jika ada kesempatan akan ku kongsikan penggalaman di negara ini.

Map of Kazakhstan