Saturday, June 19, 2010

Expo Franchaise Di Jakarta (7-21 June 2010)

Ini adalah trip ke dua aku keluar negara kerana urusan kerja. Yang pertama dulu bulan Mei 2010 ke Brunei.
Alhamdullilah ini rezeki drp Allah Taala, Dalam tempoh 6 bulan bekerja ditempat baru, berpeluang menziarahi negeri orang, alhamdullilah.

Di Jakarta, bagi aku tiada apa-apa yg menarik, mungkin kerna akau tidak kemana-mana, hotel ke JCC sahaja. Penduduknya ramai sekali & banyak orang yg susah-susah. Ramai kenalan baru terutama para exerbit drp malaysia,

Hari ini hari akhir aku bersama IFRA 2010, esok pulang ke Malaysia. Sekian buat kali ini.

Monday, May 17, 2010

Musafir kali ke 2 ke Surabaya


Alhamdulillah pada 13 Mei 2010, kami berpeluang ke Surabaya untuk kali yang ke 2 dalam tempoh 2 bulan ini. Cuma bezanya trip kali ini ialah untuk menghantar puteri sulong kami ke Pasuruan, Surabaya untuk meneruskan penggajian di sana. Trip yang pertama dulu lebih kepada lawatan & `survey'.

Siti Nadia & kawannya Madiha telah mendengar nasihat ayahanda & bonda mereka untuk mencari ilmu akhirat walaupun mereka berdua telah mendapat tempat di IPTA. Moga-moga mereka berdua menjadi anak-anak yang solehah. Keputusan yang dibuat adalah penggorbanan & jihat insyaallah.

Pondok Pesentren Putri Az-Zahro Pasuruan, dimana mudirnya ialah Habib Taufiq menjadi pilihan & saksi diakhirat nanti.

Wednesday, April 28, 2010

Musafir ke Surabaya

Aisyah & Amir yang sangat teruju.Pertama kali naik kapal terbang ke `oversea'.


Flight to Surabaya 24hb April 2010

Thursday, April 15, 2010

Mohamad Asyraf, 14 tahun. Penuntut di Sekolah Imtiaz Kuala Berang Ulu Trengganu.