Friday, May 1, 2009
Hari Buruh - 1 May 2009
Monday, April 27, 2009
Kampung Bagan Datok, Perak
Ini adalah gambar disekitar jalan ke kampung ku iaitu Bagan Datok Perak. Aku dilahirkan, dibesarkan, & bersekolah rendah disitu. Beribu kenangan manis & pahit yang tidak dapat aku lupakan.
Abah ku anggota tentera & sering berpindah randah jadi bagi memastikan pelajaran aku tidak terganggu emak & abah bersetuju agar aku tinggal bersama tok & opah.
Aku adalah cucu yang teringat panggilan opah ku kpd ku 'enja' atau manja kerana terlalu sayang kpd ku. Walaupun aku dimanja sepenuhnya, pelajaran ku tetap okay. Top 3 selalunya dalam kelas. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bagan Datoh dari darjah satu hingga enam.
Aku mendapat 3A, 1B & 1C. Not so good tetapi cukup untuk mendapat tempat disekolah berasrama agama di Ipoh, Sekolah Izzudin Shah, Tiger Lane. Nanti ku ceritakan tentang sekolah ku.
Salam Perkenalan
Hari ini 27 April 2009 kira-kira jam 10.30 AM aku menerima panggilan dari Bank Islam menggatakan mereka menjumpai kereta aku yang `hilang'.
Alhamdullilah Allah telah makbulkan permintaan ku. Tak lama selepas tu aku menerima panggilan daripada Joe menggatakan kereta aku berada di Seremban & memaklumkan bahawa mereka akan menarik kereta tersebut. Sebelum tu aku ada menalipon Bank bertanya tentang prosedur & jumlah yg aku perlu bayar jika aku ingin menggambil kereta tersebut. Aku kena bayar hampir RM 3000.
Berdasarkan maklumat yg diperolehi aku berunding dgn Joe & dia bersetuju menghantar kereta ku di Petronas selepas Tol Sg Besi dgn bayaran yg dipersetujui.
Nanti aku cerita lagi jam dah 11.15 PM aku penat & letih